|
楼主 |
发表于 2014-5-21 09:09:59
|
显示全部楼层
亚洲时报
少女罗厘坠下毙命案控方上诉 高庭批准延扣被告
19/03/14
(本报讯)哥打马鲁都少女诺丽柯从行驶中罗厘跌下摔死案,被告获地庭宣判证据不足无罪释放,控方已提呈上诉,并申请延扣被告等候上诉,昨天获高庭批准,即被告须受延扣,等候控方的上诉。
被告阿米阿里甘,四十岁,巴基斯坦籍,原被控于2012年11月25日上午十一时至中午十二时半之间,在哥打马鲁都惹兰冷港2?8公里处,在一辆行驶中罗厘上造成一名十六岁少女诺丽柯死亡,触犯刑事法典304条文误杀罪。
被告是在案发后一直遭扣留而不获得保释,直到今年二月十二日获地庭宣判控方未能证明被告当时是司机,而证据不足,因此被告表面罪名不成立下,无需答辩而获释放,唯需移送移民局接受调査。
副检察司拉惹再珠表示,控方获移民局告知被告的护照及签证已逾期,恐会被遣送离境,为了确保在此上诉案审讯时依时出庭,因而援引刑事诉讼程序法典315条文,申请延扣被告,虽然现阶段被告是已获省释人士,有案例高庭具此司法权。
被告代表律师拉比星反对控方的申请,力陈第315条文乃针对"被告"或嫌犯,并不能包括本案已获省释的其当事人。他也证实被告已与本地人结婚,不会在上诉案审讯时缺庭的。
高庭司法专员阿沙哈里前天聆审诉辩双方陈词后,保留判词至昨天作出裁决,批准控方所提呈论点及理由,并谕令被告须受延扣至本案之上诉有判决为止,希望高庭能侭早审讯。
John Charles Mitah Mikat
13 Febuari 2014
Oleh John Charles Mitah Mikat
AMIR (WARGA PAKISTAN) BEBAS DARIPADA TUDUHAN SEBABKAN KEMATIAN ADIK NORIKOH
KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen telah membebaskan Amir Ali Khan Nawaty, 40, daripada tuduhan yang menyebabkan kematian Adik Norikoh Saliwa, 16, di dalam sebuah lori di sepanjang Jalan KM2.8, Jalan Kota Marudu-Langkon antara pukul 11 pagi dan 12.30 tengah hari di Kota Marudu pada 25 November 2012.
Menurut Hakim Ishak Bakri, kecederaan yang dialami oleh Norikoh dan punca kematiannya dan setelah hakim meneliti semua bukti yang dikemukakan daripada 40 orang saksi, pendakwaan gagal membuktikan kes 'prima facie' terhadap Amir Ali Khan.
Sementara itu, Ishak memerintahkan Amir dirujuk ke Jabatan Imigresen kerana semasa dalam tahanan pasport Amir sudah 'Expire'.
KOMEN SAYA:
Saya, selaku orang yang bertanggungjawab untuk membawa pergi dan balik keluarga mendiang adik Norikoh dari Kampung Bombong 1, Kota Marudu ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu. Sejak awal lagi sepanjang perbicaraan selama satu tahun tanpa mengira wang; masa; tenaga yang telah dilaburkan. Akhirnya pengadilan yang saya harapkan selama ini tidak memihak kepada mendiang adik Norikoh. Saya dan Tetuan Peter Marajin sebagai 'Watching Brief' dalam kes ini, merasakan sangat hampa dan amat kecewa kerana keadilan gagal membela orang kita, bangsa KDM walaupun ada beberapa saksi utama yang telah dihadapkan ke Mahkamah namun tidak dapat menyakinkan Hakim Ishak (pengganti Dunken).
Apa yang mendukacitakan saya, terus terang saya katakan, sepatutnya kes yang dikendalikan oleh Hakim Dunken Sikidol adalah orang yang bertanggungjawab untuk memutuskan 'Court Ruling' atau pendakwaan kes tersebut. Entah macam mana juga, secara kebetulan, sebelum Dunken sempat membuat keputusan beliau dengan tiba-tibanya dipindahkan ke Putrajaya, Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu.
Saya agak khuatir, walaupun Hakim Dunken Sikidol tidak berada di Sabah lagi, Hakim Ishak sebagai penggantinya (Hakim dari Malaya), sekurang-kurangnya ia dapat menyampaikan apa yang telah diputuskan oleh Hakim Dunken sebelumnya. Saya bingung, apakah penukaran Hakim orang Sabah ini secara kebetulan atau disebaliknya?
Walaupun keputusan Mahkamah saya anggap adalah suatu yang muktamad dan perlu dihormati, tetapi persoalannya, saya meragui Hakim Ishak telah memutuskan kes Norikoh ini tanpa mendengar sendiri atau menyaksikan kesemua 40 orang saksi yang diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Marudu, Inspektor Perikson Ubak yang beraksi sewaktu penghujahan dan semasa sesi soal jawab dalam Mahkamah.
Ketika hakim memutuskan pendakwaan saya merasa hairan kenapa DNA yang telah dikesan pada bahan uji peluh yang diambil dari tombol tingkap bahagian penumpang lori adalah milik DNA Norikoh dan sampel rambut yang telah dianalisis menunjukkan DNA milik Amir Ali Khan Nawaty tidak disentuh? Tetapi mengapa pula Hakim percaya kepada saksi Mohd Ibrar pendatang asing dari Pakistan yang mengatakan bahawa lori yang dia nampak itu bukan lori Amir membawa mangsa? Sedangkan dia melihat lori itu dari jarak jauh kerana dia tinggal di rumah yang bersebelahan dengan jalan raya berbanding dengan Turagis (saksi utama) dan dua orang saksi lagi yang memandu kereta dan motorsikal masing-masing dari belakang lori tersebut?
Untuk maklum, saksi Mohd Ibrar ini adalah saksi yang pada mulanya tidak tersenarai dalam lapuran polis. Sebab selepas kejadian, polis telah pergi mencari Ibrar di rumahnya tetapi orang rumah berkata Ibrar sudah balik kampung. Apabila pendakwaan sudah berjalan selama beberapa bulan kemudian disaat2 akhir barulah Mohd Ibrar muncul kerana dipanggil oleh Salim Khan Nawaty (abang Amir) dari Pakistan balik Sabah untuk memberi keterangan kepada pihak polis. Inipun Salim yang minta (melalui peguam bela kepada DPP) supaya Mohd Ibrar diberi keutamaan untuk membuat lapuran sebagai saksi kepada kejadian?
Seperkara lagi yang ingin saya kongsikan disini adalah, walaupun mungkin perkara ini tidak berkaitan dengan perbicaraan kes tetapi saya terkilan kerana semasa perbicaraan berjalan, bapa Norikoh Saliwa Madaya telah dirasuah oleh abang Amir, Salim Khan Nawaty di Kedai Karaci sebanyhak RM5,000 sebagai ganjaran untuk menarik balik kes Norikoh dan selebihnya RM20,000 akan dibayar kepada Saliwa seperti yang dijanjikan jika kes diberhentikan secara rasminya. Lantas pada 18 Jun 2013, saya dan peguam Peter Marajin telah membuat aduan polis di IPPD Karamunsing dan disusuli oleh Saliwa atas permintaan Pegawai Penyiasat polis pada hari yang berikutnya. Namun tindakan SPRM mengenai warga Pakistan yang memberi rasuah kepada Saliwa tidak ada khabar berita sehingga ke hari ini. Persoalan saya disini, adakah SPRM benar-benar menjalankan tanggungjawab sepertimana yang telah diamanahkan oleh mereka secara efficient? Kes ini adalah serius kerana melibatkan pendatang asing yang cuba memperdayakan bapa mangsa semasa pendakwaan berjalan ketika itu.
Walau bagaimanapun, Mahkamah memberi tempoh 30 hari untuk membuat rayuan, dan Raja Zaizul Faridah selaku Timbalan Pendakwa Raya telah memaklumkan Tetuan Peter Marajin, bahawa pihak peguam kanan persekutuan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.
Kesimpulannya, apa yang menyayat hati saya disini adalah selepas sahaja Hakim memutuskan bahawa Amir dibebaskan, Amir dan Abangnya Salim Khan Nawaty (juga dari Pakistan) yang mempunyai pasport dan IC Malaysia, tersenyum lebar seolah-olah tuduhan yang telah dibuat keatas Amir adalah disengajakan. Selain itu, saya juga kesal kerana melihat gelagat mereka seperti Sabah ini mereka yang punya, padahal mereka adalah pendatang asing dari Pakistan!
SAYA KECEWA DAN SEDIH PENDATANG ASING SUDAH MULA BERLAGAK DI BUMI SABAH!
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=683878758343585&set=a.162442943820505.41479.100001644011441&type=1
|
|