DYMM Sultan Ibrahim adalah penyelam dasar laut yang mahir. Semalam di Pulau Sibu, Tuanku telah menangkap seekor ikan Napoleon Wrasse yang besar dan telah dijadikan lauk Asam Pedas untuk dikongsi bersama peduduk kampung. Di Mersing, Tuanku juga telah meluangkan masa bermesra bersama orang kampung dengan hanya menggunakan panggilan wak (lelaki) atau kakak (wanita).